Wakaf Perigi Pam & Kolah untok berwudhu.
- annuurghufran

- Apr 12, 2019
- 3 min read
Updated: Apr 14, 2019
Our Ref: Camb-02/19
7th April 2019
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Per: Wakaf Perigi Pam & Kolah untok berwudhu.
Salam hormat buat anda PENCINTA AMAL YANG BUDIMAN LAGI DIRAHMATI ALLAH SWT.
Alhamdulillah sekali lagi kami badan sukarelawan diizin oleh Allah untuk menyempurna kan berberapa misi bantuan kepada Rakyat Kemboja. Saya meneruskan rayuan...
Rayuan Sumbangan Ikhlas Untuk Umat Islam diKemboja. Dengan Segala Hormatnya Dan Dengan Penuh Takzim Kami Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Dan Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada Yang Dihormati Tuan / Puan/ Muslimin / Muslimat, Yang Dirahmati Allah SWT Sekalian Diatas Sokongan Dan Kepercayaan Yang Tidak Berbelah Bagi Kepada Pihak Kami Sahabat Fillah.
Dari perspektif Islam, wakaf atau pembiayaan sebagai sebuah institusi, bermula dengan hasrat mulia untuk melakukan perbuatan baik untuk kepentingan diri sendiri dan yang lain. Program Waqaf Perigi & kolah wudhu di Kemboja adalah program yang kami laksanakan sepanjang tahun selain Qurban dan Aqiqah di sana.
Semoga dengan sumbangan infak/Wakaf dari anda semua, dapat lagi kesempurnaan beribadah bagi warga muslim disana.
Semoga Allah swt memberikan Nikmat Rahmat Dan Berkat Sihat kepada penderma dan juga murahkan rezeki. Aamiin
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda : “ Apabila anak Adam mati maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara : sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat (amal yang memberi manfaat kepada masyarakat), dan anak shalih yang mendoakan orangtuanya"
Fadhilat Wakaf Perigi
Air adalah sumber kehidupan harian, diSingapura apabila kita berkeperluan, semua yang akan kita lakukan memutarkan kepala paip air, bertujuan baik untok memasak dan juga untok diminum. Namun ia bukan tempat yang sama dikampung-kampung luar bandar diCambodia.
ini merupakan cabaran bagi kehidupan orang kampung. Kerajaan Kemboja setakat ini tidak mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh Negara.
Terdapat banyak kawasan di Kemboja yang memerlukan air ke rumah mereka.
Dalam projek ini, lebih dari 4,000 keluarga dari 3 komuniti di 25 kampung memerlukan telaga, pam air dan penapis untuk keperluan mereka dengan air bersih.
Sebanyak lebih 500 telaga diperlukan untuk dibina.
kami bertujuan untuk membantu mereka, untok golongan yang susah lagi memerlukan, selagi termampu diatas sokongan anda semua.
Mari kita bantu mereka untok mendapatkan sumber air bersih untok keluarga mereka melalui projek wakaf ini.
Kolah wudhu
Kolah wudhu penyimpanan air yang sudah bertahun & sekian lama digunakan untok berwudhu juga menjadi keperluan asas buat mereka. Di kawasan luar bandar, mereka menjadikan kolah tersebut sumber kehidupan, kerana bagi penduduk tersebut mungkin satu-satunya sumber air minum.
Dengan tempat wuduk ini, orang yang tinggal di daerah terpencil akan dapat berwudhu sebelum mendirikan Solat. Disamping menjadikannya keperluan asas.
Menyediakan air dengan cara ini adalah cara yang sangat baik untuk menawarkan Sadaqah Jariyah (amal berterusan) sebagai penderma boleh mengharapkan untuk meraih rahmat Allah selagi penduduk mengambil wudhu.
Tiga kanak-kanak mati setiap minit dari minum air kotor. Dengan akses yang boleh dipercayai kepada air bersih, beribu-ribu nyawa dapat diselamatkan setiap hari.
Anda boleh membantu memberikan air yang bersih untuk menyelamatkan nyawa dengan tempat wudhu dalam nama anda, atau nama orang yang disayangi. Anda boleh memberikan dua nama di setiap tempat wudhu.
Kami mengharapkan sumbangan yang ikhlas dari anda dan yang bermurah hati untok melaksanakan pembinaan wakaf perigi pam & kolah wudhu. kami bekerje sama & berganding bahu dgn CAMWA untok mengurus amal jariah di Kemboja.
Nabi (saw) dilaporkan berkata:
"Amal terbaik adalah untuk memberikan air." [Ibn Majah]
Harga untok sebuah Perigi pam:
Perigi Pam Cambodia - $350
Wakaf tersebut boleh dikongsi perbahagian
Hanya S$50 untuk satu bahagian wakaf perigi. Sebuah perigi terdiri dengan tujoh bahagian wakaf perigi. Ini bermakna sebuah wakaf perigi pam keseluruhannya bernilai S$350.
Harga untok sebuah kolah wudhu:
Kolah wudhu Cambodia - $850
BerWakaflah untok hari kemudian, Anda boleh membuat sumbangan atau Wakaf melalui. FundTransfer.
POSB Acct : 038-55937-0
Via paynow 90224201
Hubongi kami untok keterangan lanjut
Hj. Abd Razak Hp.90224201
Raudah CAMWA Hp. +85586422667
Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
a_edited.jpg)











Comments